Saturday, June 14, 2014

UniSZA #2

Assalamualaikum

Salam UniSZA Family

Alhamdulillah, tamat sudah orientasi atau dipanggil Minggu Mesra Siswa di Kampus Gong Badak. Ya, walaupun agak memenatkan untuk 5 hari tetapi setiap hari yang berlalu pasti segar dalam ingatan. Apa yang tak boleh dilupakan ialah bunyi siren pukul 4.45 pagi setiap hari, tidur pun paling lama 4 jam. Memang tak mengantuk manalah masa sesi taklimat kan? semua kejap tidur kejap sedar. 

Malam penutup, malam yang aku tak boleh lupakan sebab -- slideshow yang ditunjukkan dalam slot Forum Aku Kau Dia. Jujurnya aku memang sebak kerana kadang-kadang kita semua tak sedar pun siapa di belakang kita sehingga kita berjaya, yang selalu berada di belakang kita ialah IBUBAPA. Mereka sanggup habis wang ringgit, korbankan masa untuk tengok kita senang dan berjaya di kemudian hari. Aku mohon pembaca buatlah sesuatu untuk menunjukkan tanda terima kasih kepada mereka. Tolong, aku mohon !

Jangan lupa doakan mereka.


Saturday, June 7, 2014

UniSZA #1

[SHORT UPDATE]


Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah siap segala jenis dokumen, pakaian dan lain-lain lah. Banyak sangat kot kalau nak sebut semua (ada ke orang yang sebut semua?). InsyaAllah esok -- Ahad 8 Jun 2014, akan melangkah ke Universiti Sultan Zainal Abidin. Wahhh melangkah itu penting, macam gramatis sangat ayat kali ini.

Apa-apapun, betulkan niat kita untuk belajar kerana Allah. InsyaAllah dipermudahkan untuk kita untuk mempelajari sesuatu ilmu baru. Doakan AI supaya sentiasa ingat untuk niat kerana Allah semasa belajar dan melakukan sesuatu yang baik. 

Thursday, June 5, 2014

Hati

Assalamualaikum

Alhamdulillah diberi peluang dan idea serta sedikit maklumat yang ada pada diri ini untuk kongsi dengan semua. Kali ini AI nak kongsikan sesuatu yang mungkin memberi manfaat kepada semua pembaca. InsyaAllah :D

FORMULA 5H


Apa itu formula 5H? Okay, sebelum AI terangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk. Ilmu ini sangat berkait rapat dengan hidup kita yang ingin kearah kebaikan. AI dapat ilmu ini daripada seorang ustaz . tak ingat pula nama ustaz itu apa tapi sempat catat point yang ustaz cakap. AI yang akan hurai sendiri sebab seingat AI ustaz hanya bagi point dan huraian yang simple tapi AI tak sempat nak catat. Kalau salah tolong tegur, kalau betul ambillah sebagai pengajaran dan ilmu baru. 

Hati

Formula 5H yang pertama ialah Hati. Apa kena dengan hati? Bagi seorang yang ingin berubah ke arah kebaikan semestinya ada niat. Jadi niat itu mestilah kena betul dan juga ikhlas. Kita bukan nak berubah kerana manusia tetapi kerana Allah. Niat sudah betul, Ikhlas juga penting. Kadang-kadang kita buat sesuatu itu dengan niat yang betul tetapi bila timbul secubit perasaan riak dalam diri habis semua yang ikhlas itu. Perkara ini bukan senang nak timbul dalam hati, kadang-kadang ada, kadang-kadang entah ke mana. Apa yang penting, kita kena sentiasa amalkan dengan niat yang betul dan cuba untuk ikhlas dalam segala hal kebaikan yang kita lakukan.

Tuesday, May 27, 2014

Tahniah

Assalamualaikum

TAHNIAH JEPUN, WELL DONE MALAYSIA!


Rasanya belum terlambat untuk tulis tentang Piala Thomas yang sudah berlalu pergi. Walaupun agak sedikit kecewa tentang keputusan perlawanan akhir antara pasukan Malaysia dan Jepun, yang mana pasukan Jepun berjaya merangkul gelaran juara. Namun begitu, apa yang boleh dikataka, AI sangat berbanggalah dengan pasukan Malaysia sebab...kalau tengok semangat semasa perlawanan tu macam dah boleh menang, memang bersungguh-sungguh tapi nasib tidak menyebelahi. Satu lagi yang AI boleh berbangga, pasukan Malaysia sebenarnya tak target untuk masuk ke peringkat akhir tetapi hanya target untuk separuh akhir saja. Kira bersyukur sangat dah sebab pasukan Malaysia berjaya ke peringkat akhir. Alhamdulillah.

Okay, sebelum nak habiskan post kali ni...AI nak kongsi satu benda menarik. AI malas nak tulis panjang-panjang, hanya seringkas yang mungkin. Cuba tengok tajuk berita dalam gambar kat bawah ni, bangga tak? pergh siapa sangka ada coach orang Malaysia dalam pasukan Jepun. Nama dia Izuan Ibrahim dan kalau tak silap pemain Jepun panggil dia coach awe. Semestinya dia warganegara Malaysia dan apa yang penting dia berasal dari Kelantan, tehee :D. Kalau nak baca lebih lanjut lagi, sila google ataupun kalau yang ada Facebook tu boleh search nama coach ni. Rasanya dah tersebar luas tentang coach ni, mesti paling tidak ada satu berita di timeline Facebook. Sebagai penutup untuk post kali ni, AI ucapkan tahniah sekali lagi untuk pasukan Jepun selaku juara dan pasukan Malaysia -- kalah sekali tidak bermakna kalah selamanya ! anda telah buat yang terbaik hingga ke peringkat akhir, mungkin ada rezeki pada masa akan datang :)


Tahniah Coach Izuan, anda juga satu kebanggaan bagi Malaysia!

Thursday, May 22, 2014

Kembara

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dan semestinya untuk menulis sedikit sebanyak apa yang difikirkan dalam minda ini.

Okay, post/entri kali ini lebih kepada perjalanan/kisah hidup ataupun journey/story of my life. Haaa harap tak ada yang mengantuklah sebabnya kisah hidup ini biasanya melibatkan yang sudah lepas , so yang lepas orang panggil sejarah . Kesimpulannya, rata-rata pelajar masa subjek sejarah ramai yang tidur, ye dak? tepuk dada tanya diri masing-masing :p. 

Bagi mereka yang masih dibangku sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah, buang sikap tidur semasa cikgu mengajar. Siapa kata pelajar tak boleh tidur, bukan tidur macam dekat rumah berjam-jam tak bangun lagi, omputih panggil 'cat nap' kalau tak silap,  boleh sangat kalau nak tidur sekejap tapi carilah waktu yang sesuai. Contohnya waktu rehat . TAPI kalau masa yang terluang digunakan untuk perkara yang berfaedah, itu lebih baik daripada tidur. Sebab itulah mak ayah suruh tidur awal malam-malam supaya tak mengantuk. Lain kali dengar cakap mak ayah, kan kita nak jadi anak yang soleh/solehah :D InsyaAllah.

Maaflah lari tajuk. Kisahnya bermula...

Monday, May 19, 2014

Muqaddimah

Assalamualaikum

sumber : tumblr

Alhamdulillah.

Hari berganti hari , niat nak buat blog akhirnya tercapai. Hampir 3-4 bulan fikir nak buat blog tapi tak tahu kenapa dalam masa yang panjang projek nak buat blog tergendala , sibuk mungkin atau resah fikir tentang result SPM. Nasib bukan bab kahwin , rasanya makan tahun baru boleh buat blog. Relax, gurau :P

sumber : google

Apa-apapun entri/post ini sebagai pendahuluan atau muqaddimah. Jadi , biasalah blog baru sememangnya serba kekurangan dari semua segi . InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

sumber : google

Harap pembaca sudilah baca entri/post yang akan datang dan kepada diri sendiri -- buat entri/post yang menarik dan jangan kekurangan idea ! . Doakan si blogger baru ini.